Thursday, June 28, 2012

Presentation TME















gambar-gambar yang bertarikh 20 Jun 2012 ini semua diambil oleh kawan saya, Noradifah (didi) bertempat di Stadium UiTM Shah Alam. Gambar-gambar berkenaan dianggotai oleh Fira, Amir, Zurina dan saya sendiri Fareed. pada hari tersebut kami ada 'presentation' subjek Testing, Measurement and Evaluation yang diajar oleh pensyarah paling tenang saya pernah jumpa, En. Norasrudin Sulaiman. Kenangan persahabatan dalam gambar ni memang tak dapat saya lupakan. Disebalik gambar yang nampak seronok ni sebenarnya terselindung seribu satu peristiwa susah dan senang kami berempat bersama. Moga, dengan setiap usaha yang kami lakukan ni menjadi pengajaran, pembelajaran dan pengalaman yang baik untk kami di masa hadapan kelak. Amin.. 

Wednesday, March 30, 2011

low rope course

Rabu, 30/03/2011..
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. pada pagi yg indah ni, seperti yg telah saya janjikan kepada en zainal telah pun saya tunaikan. kami semua datang awal ke lokasi. pada hari ini kami akan melakukan tugasan terakhir outdoor iaitu low rope course. sebelum memulakan aktiviti, en zainal melakukan refreshment semula ikatan2 yg penting sebelum kami memulakan kelas. antara ikatan tersebut ialah simpul manok, figure of eight dan ikatan baru iaitu butterfly.
selepas mendengar briefinh daripada en zainal, kami memulakan tugasan. kumpulan telah dibahagikan kepada 7. antara tugasan yg perlu dilakukan atau halangan2 yg perlu disediakan ialah multi vine, foot loop, leopard crawl, postman walk, criss cross dan forward tension traverse. kumpulan saya dapat tugasan multi vine. multi vine ni perlu 2 tali P.P rope dan 4 tali dynamic rope. 1 tali P.P rope diikat antara 2 batang pokok paras lutut dan 1 lagi tali P.P rope diikat diatas lebih kurang 6 meter dari paras tanah. kemudian tali dynamic rope pula di ikat berjuntai seakan-akan akar pada tali P.P rope di bahagian atas. setiap seorang perlu berjalan sambil memegang tali dynamic rope tadi sebagai alat sokongan imbangan daripada terjatuh. apabila sampai di penghujung, mereka perlu terus ke halangan seterusnya sehingga tamat tanpa jatuh. sebagai langkah keselamatan, mereka yang melakukan halangan perlu memakai helmet, dan perlu ada 2 orang yang menjaga mereka dari awal halangan sehingga tamat.
alhamdulillah semuanya selamat dan sesi pembelajaran pada pagi ini berjaya.
minggu depan ada test knotting pulak.. sekian...

Saturday, March 26, 2011

orienteering

pada hari Rabu, 23hb Mac 2011 kelas kami mengadakan kelas orienteering bertempat di belakang kolam renang berhampiran tempat wall climbing. permulaan hari kami agak lewat kerana kesilapan teknikal lewat meminjam dan mengambil kompas. perkara yang lebih mendukacitakan kami adalah disebabkan kelewatan kami, markah penilaian outdoor ditolak. hmmmph..., ;( xpelah, kami dah mencuba yang terbaik.
kembali pada kelas kami, kelas bermula pada jam 915 pagi. 45 minit kami lewat. kelas dimulakan dengan sesi briefing oleh en zainal mengenai kompas. kami diajar mengenal kompas, nama2 dan fungsi pada kompas dan jenis2 kompas. selepas itu, kami diajar mencari bearing arah yang hendak dituju. lebih kurang setengah jam, kami diberi tugasan yang seterusnya..
kami dibahagi kepada 7 buah kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyediakan point2 orienteering disekitar kawasan yang ditetapkan. kami bertukar2 point dari kumpulan lain dan mencari setiap point tersebut. alhamdulillah, semuanya berjaya mencari point2 tersebut.
kelas kami tamat awal pada jam 12 tengah hari. minggu depan kami ada satu lagi kelas iaitu low rope course. kami akan cuba lakukan yang terbaik dan berjanji tidak datang lewat ke kelas lagi.

Wednesday, March 16, 2011

abseiling...

laporpo.... matakhunsi... LANDING TIME!!!!
16/3/2011, Rabu
assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. hari ni hari yg paling mendebarkan. tidur malam x lena, mandi x basah, makan x kenyang, study xmasuk, hai mcm2 lagi lah.. ni semua abseiling punya pasal. seawal jam 8 pagi aku dan lan pergi ke stor fsr 1 di kolej kenanga untuk mengangkat barang2 abseiling. aktiviti kami dijalankan di menara 1 fakulti kejuruteraan di aras 11. tenaga pengajar kami terdiri daripada en zainal dan fasi2 daripada PERLU. setelah semua kelengkapan tiba, kami semua diberi taklimat atau refresh semula pelajaran2 yg diajar pada minggu lepas. kami juga diberi peluang untuk mencuba atau dengan bahasa yg lebih senang iaitu skil test sebelum melakukan abseiling. kami diajar cara2 memakai harness dan yg paling penting langkah2 keselamatan yg perlu diambil kira sepanjang aktiviti ini.
pelbagai ragam dan gaya yg dipertonjolkan.. ada yg menangis pun ada, ada yg siap bersalam-salaman memohon maaf, ada jugak yg dah siap2 nak tinggalkan wasiat!! hahaha... tapi mmg best abseiling ni.. ada antara kami yg mencuba aksi baru iaitu berlari dan kepala manghadap ke bawah.. mmg berani betul mereka2 ni.. aktiviti ni tamat pada jam 1.40 petang. lepas kemas2 barang,  aku dengan beberapa member2 lain g mkn kat seksyen 7. lepas makan, balik kejap solat lepas 2 aku dengan lan macam biasa uruskan barang2 simpan balik kat dalam stor. penat jugak la aktiviti hari ni tapi mmg best....!!!!!
sekian...
salam..

kelas theory abseiling

9/3/2011, Rabu
hari ni merupakan kelas outdoor pertama selepas final camp. setelah 3 minggu bercuti merehatkan diri dari segala penat dan jerih perih camp outdoor, akhirnya dengan semangat yang baru kami semua melangkah ke kelas untuk melakukan satu lagi aktiviti iaitu abseiling.
kami diajar mengenai sejarah abseiling, dari mana ia diperkenalkan dan seterusnya kelengkapan2 abseiling serta kegunaannya. antara barang2 yang diperkenalkan ialah carabiner (crab), figure of 8, runner, harness, sling 120 & sling 150, juma, pulley dan banyak lagi. kesemua baran2 dan kelengkapan2 asas ini kami belajar sebelum memulakan aktiviti abseiling kami pada minggu depan.

nak tahu apa cerita sambungannya, tggu mggu depan k....
salam..

Sunday, February 6, 2011

PERJALANAN YANG MEMENATKAN

29hb Januari 2011, Sabtu
tepat jam 5 pagi kami dah bangun untuk persiapan bertolak ke Tasik Chenderoh. kami solat berjemaah subuh di perkarangan kolej Kenanga. pada jam 7 pagi, kami berkumpul semula, beratur bagi memnadapatkan sarapan pagi sebelum bertolak. seleesai bersarapan, lebih kurang pukul 8 pagi, kami diberi taklimat oleh fasilitator tentang perjalanan kami ke sana. kami juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut bas yang disediakan. kami bertolak ke Tasik Chenderoh pada jam 10 pagi. sepanjang perjalanan ke sana, kami semua tidur di dalam bas dengan nyenyak disebabkan kepenatan sepanjang hari menguruskan peralatan perkhemahan.
perjalanan ke Tasik Chenderoh memakan masa selama 4jam setengah.
kami tiba disana pada jam 1430. sebaik saja tiba disana, kami terpaksa berjalan sejauh lebih kurang 1km setengah untuk sampai ke tapak perkhemahan dengan jalan yang berbukit dan cuaca yang agak panas. setelah sampai di tapak perkhemahan, kami semua sibuk membersihkan dan mendirikan khemah penempatan dan menyediakan tapak2 perkhemahan yang lain seperti khemah orang sakit dan khemah peralatan. kerja kami menjadi sedikit lembap dan lembab apabila hujan turun membasahi bumi Tasik Chenderoh pada hari itu.
kami dimarahi kerana mengambil masa terlalu lama dan saya adalah orang pertama yang didenda. hmmmmphhh..., =(

selepas solat maghrib, kami makan malam. sedap makanan yang dimasak oleh rakan2 kami. lepas makan, kami beratur mengikut kumpulan dan ada sesi spotcheck. handphone, dompet, deodorant, semua kena rampas. xpe lah.. layan je..
lepas tu, kami ada taklimat sebelum kami masuk tidur.

30hb Januari 2011, Ahad
kami bangun dari tidur pada jam 6 pagi. bersiap2 untuk solat subuh. selepas solat subuh, kami ada senaman pagi yang diberi nama Malaysia Cergas. ada nyanyian lagu Negaraku, Wawasan Warga Setia UiTM dan lagu tema kami iaitu Standing In The Eyes of The World. selepas senaman pagi, kami bersarapan dan menjalankan aktiviti kami yang seterusnya iaitu camp craft. pada hari ini. terdapat satu kumpulan yang tidak sertai kami kerana mereka melakukan aktiviti survival. dalam aktiviti camp craft ni, kami dipecahkan kepada kumpulan yang tertentu untuk menjalankan tugas masing2. saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan water pump di belakang kawasan dapur bagi membekalkan bekalan air lebih untuk kumpulan yang memasak. malang sekali lagi menimpa kami apabila hose water pump kami hilang entah ke mana. puas kami mencari tapi tidak jumpa. kami juga didenda disebabkan kecuaian kami tidak dapat menjaga barang amanah tersebut.
selepas beberapa jam bertungkus-lumus mencari akhirnya saya dan rakan saya iaitu Shazlan dibawa keluar oleh fasilitator kami, En Zohri keluar dari tapak perkhemahan untuk mencari hose yang hilang itu. alhamdulillah, nasib menyebelahi kami apabila hose itu kami jumpa di gerai usang di tepi jalan. kami bawanya pulang ke tapak perkhemahan dan berkumpul semula.
kami dimarahi oleh pensyarah kami kerana kecuaian diri sendiri. selepas dari insiden tersebut, kami meneruskan tugasan yang masih belum disiapkan. water pump tersebut terus dipasang dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
tiba pada waktu malam, sesi post mortem. seperti yang saya jangkakan En Hisyam pasti hadir disebabkan insiden kontroversi yang terjadi pada siang tadi. siasat punya siasat, kami dipersalahkan kerana kecuaian diri sendiri. memang kami yang bersalah kerana tidak mengambil berat terhadap peralatan yang telah dipinjam. sesi post mortem tersebut berlanjutan sehingga lewat pagi. kami masuk tidur pun lebih kurang pada jam 2 pagi.

31hb Januari 2011, Isnin
seperti biasa kami bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap solat subuh berjemaah. selesai solat, kami jalani senaman Malaysia Cergas. 3 buah lagu dinyanyikan seperti biasa. selesai bersenam, kami bersarapan bersama sehingga jam 9 pagi. selepas itu, kami semua berpecah mengikut kumpulan tasik masing2 untuk aktiviti seterusnya. kumpulan saya menjalankan aktiviti jungle trekking.
junglr trekking adalah aktiviti yang memberi ketenangan kepada saya kerana dapat melihat keindahan kejadian Allah dari sudut pandangan yang sangat memukau pandangan mata. sebelum bertolak, kami semua diberi barang amanah untuk dijaga dan juga makanan2 bekalan semasa di puncak nanti. setelah semua barang diberikan kepada kami, beg2 kami dimasukkan ke dalam kereta pacuan 4 roda untuk dibawa keluar dari kawasan perkhemahan kami kerana kami perlu menyeberangi tasik beramai2 sebelum memulakan ekspedisi jungle trekking. setelah semuanya selamat sampai di jeti, kami pun memulakan perjalanan kami. sepanjang perjalan yang memenatkan itu, kami dapat belajar satu pengajaran daripda aktiviti ini. semangat berpasukan adalah perkara utama. kami berhenti rehat di ladang limau barli. di sana, kami dapat melihat pemandangan yang sangat menarik. setelah 5 minit berhenti rehat, kami meneruskan perjalan sehingga ke puncak. setibanya kami dipuncak, angin dengan secara tiba2 menderu laju. keadaan disana agak sejuk. barulah saya tahu mengapa orang disitu menggelarkan gunung tersebut Gunung Mandi Angin kerana angin sentiasa lalu di kawasan tersebut. perkara yang saya tak boleh lupa semasa berada di puncak tersebut adalah saya dan 2 orang lagi rakan saya iaitu nik dan hazim diikat di sebatang pokok.memang 1 pengalaman yang tak dapat saya lupakan. setelah kami dilepaskan, kami pun turun untuk pulang ke tapak perkhemahan. sekali lagi kami perlu berenang merentasi tasik tersebut dari jeti. dengan keadaan yang sejuk, kami pulang ke khemah masing2 dan bersiap2 untuk solat asar dan terus tunggu untuk solat maghrib. selepas makan makan malam dan solat isyak sesi post mortem pun berlangsung sehingga lewat pagi dan seterusnya kami tidur....

1hb Februari 2011, Selasa
waktu pagi kami berjalan seperti biasa. selepas bersarapan pagi kumpulan tasik masing2 ada aktiviti yang perlu diikuti. tapi bagi saya, hari ini merupakan hari yang paling seronok kerana kumpulan saya ada aktiviti kayak. kayak adalah satu2nya aktiviti yang paling kami tunggu2. jauh jugak la kami berkayak, sampai hitam habis kulit muka ngn tangan ni. aktiviti kayak bermula seawal dari jam 10 pagi. bermula dengan kelas teori. kami belajar anatomy kayak dan cara2 mendayung. selepas itu, kami perlu lakukan water confident iaitu berendam dan berenang di dalam tasik.
selepas makan tengah hari dan solat, kami semua bersiap sedia untuk berkayak. sangat menarik pemandangan dan ciptaan Allah. gunung2 nampak teratur dan tersusun cantik. setelah selama lebih kurang 5 jam berkayak, kami pulang ke pengkalan untuk aktiviti seterusnya iaitu 'capsize' ataupun terbalikkan kayak. selepas semuanya selesai, kami naik dan susun kesemua peralatan kayak di tempat yang disediakan.
kami semua bersiap2 untuk solat dan makan malam.
selepas sesi post mortem berlangsung, kami semua telah diuji oleh En Zainal. beliau tanya nama kesemua pensyarah yang hadir. kami tak dapat jawab dengan betul. akibatnya, kami semua direndam di dalam tasik pada jam 3 pagi. sejukkkkk!!!!.... nak buat macam mana... layan je lah... lepas 2 baru lah dapat tidur dengan nyenyak...

2hb Februari 2011, Rabu
pagi kami berlangsung seperti biasa. selepas sarapan pagi kumpulan tasik masing2 berpecah mengikut aktiviti. kumpulan saya adalah kumpulan yang terakhir untuk aktiviti survival. pagi selepas sarapan 2, kami semua kene buat camp craft. saya dan beberapa rakan2 yang lain perlu uruskan khemah peralatan dan menolong rakan2 yang lain membina ampaian. selepas seharian berpanas, petang 2 jugak kami bertolak ke kawasan survival.  kami direndam dulu sebelum pergi.
setelah kami sampai di kawasan survival, kami di beri taklimat tentang aktiviti survival ni. agak lewat jugak kami masuk. hari pun dah nak gelap. kami sempat mendirikan unggun api dan 'shelter'.
hari menjadi semakin gelap. pergerakan kami menjadi terbatas. kami semua berkumpul di satu tempat sahaja. malam 2, saya masih ingat lagi, kami makan tepung bakar je. 2 pun dah kira sedap sangat dah 2. kami tidur bergilir2. yang berjaga perlu menjadi sentri dan menjaga unggun api daripada terpadam.

3hb Februari 2011, Khamis
subuh pun menjelma. selepas solat subuh, kami masak nasi dan telur rebus untuk sarapan pagi. selepas sarapan kami semua diarahkan untuk merobohkan khemah dan membersihkan kawasan persekitaran. kami dipanggil keluar untuk melakukan lagi satu aktiviti iaitu orienteering.
selepas aktiviti orienteering, kami dikejutkan dengan berita tergempar apabila kami diminta untuk tinggal lagi 1 malam di dalam hutan. ini bermakna kami survival sebanyak 2 kali. dengan hati yang tabah kami semua masuk ke dalam. tapi kali ini lebih mencabar kerana bekalan air dan tenaga kami sudah banyak terbuang. kami semua letih. semua orang kami nak marah. inilah satu2nya dugaan yang paling mencabar mental kami. namun dengan semangat yang ada, kami meneruskan perjuangan. kami terus mencari kayu2 api untuk bahan bakar malam yang bakal menjelma. namun, tatkala hari mula senja, kami mendapat berita bahawa kami semua dapat pulang ke pengkalan. tak dapat digambarkan betapa seronoknya kami pada waktu itu. selamat tinggal survival. esok kami nak balik dah..
tiba sahaja di pengkalan, kami semua berkumpul di depan jeti. kami disediakan dengan bubur dan air sarsi. dengan perut yang lapar, kami semua makan bubur macam dah setahun x jumpa makanan. selesai makan, kami semua bersiap untuk solat dan makan malam. kami ingat malam 2 dah boleh releks, tapi ada lagi aktiviti. kami diwa keluar ke ladang tembikai di belaknag tapak perkhemahan untuk memuhasabah diri. pemandangan pada malam 2 hanya Allah saja yg tahu. bintang2 berjuta di langit. sungguh cantik pemandangan pada malam 2. selepas 2, kami semua pulang ke campsite. ada 1 permainan yang kami perlu selesaikan. sungguh tak ku duga. permainan berlanjutan sehingga ke subuh. kami semua pada hari tu x tidur malam. asyik dengan permainan Lemak Manis. lagu 2 memang x dapat saya lupa. ada kumpulan yang dapat jumpa harta karun mereka dan ada yang x dapat. yg x dapat ni perlu sambung selepas solat subuh. akhirnya kumpulan saya dapat jugak jumpa harta karun 2.

4hb Februari 2011, Jumaat
selepas bersarapan pagi, kami semua bergotong-royong mengemas kawasan perkhemahan. semangat nak balik rumah la katakan. setelah selesai, kami pun bertolak keluar dari campsite. perjalanan yang memenatkan dan panas terik yang x terkata semasa perjalanan kami keluar melalui ladang tembikai. kumpulan2 yang lain dari telah lama bertolak ke shah alam. kumpulan saya terpaksa berjemur di tepi jalan kerana menunggu bas. pada jam 5 petang baru bas sampai. sepanjang perjalanan bas ke shah alam, kami semua pakat tidur ramai2 disebabkan terlalu letih. kami sedar semasa bas berhenti rehat di rawang.
setelah tiba di kolej kenanga, kami dapati khemah semua telah tersedia dan para VIP juga telah sampai. setelah semuanya sedia, majlis penutupan pun bermula. majlis berakhir pada jam 1 pagi.
terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat kerana membantu memudahkan lagi perjalanan majlis.
kami semua tidur di perkarangan kolej kenanga pada jam 3 pagi.

5hb Februari 2011, Sabtu
kami semua bangun pada jam 6 pagi, solat subuh dan bersarapan. pada jam 10 pagi, kami semua perlu membersihkan setiap peralatan khemah, kayak dan perlu memulangkan semula semua barang2 yang dipinjam ke dalam stor. setelah semuanya selesai, tepat pada jam 5 petang, kami semua dilepaskan bebas dan pulang ke rumah masing2. rakan2 yang dari Jengka, Insteadt dan Shah Putra masing2 menunggu bas untuk pulang ke kampus masing2. terima kasih kepada semua pensyarah dan para fasilitator yang banyak mengajar kami erti kehidupan outdoor. segala salah dan silap harap dapat dimaafkan. sekian...

Saturday, February 5, 2011

HARI YANG DINANTIKAN TELAH TIBA...

28hb Februari 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
pada tanggal 28hb Januari 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, kami pelajar2 diploma sains sukan dan rekreasi dari semua kampus yang terlibat iaitu Shah Alam, Shah Putra, Insteadt dan Jengka berkumpul dan bermalam selama satu hari di perkarangan kolej Kenanga UiTM Shah Alam. Pada petang Jumaat hari berkenaan, kami sibuk memunggah barang2 perkhemahan seperti khemah, alatan2 dapur, kayak dan banyak lagi ke dalam lori. malang nasib kami kerana tidak dapat mendapatkan semua perkhidmatan lori UiTM yang telah kami tempah tetapi nasib juga menyebelahi kami kerana dapat jugak satu lori. kami juga terpaksa menempah lori yg lain bagi menampung peralatan yang lain dan lori tersebut kami sewa daripada bapa kawan kami. alhamdulillah, semua barang2 tersebut muat disusun kedalam 2 buah lori.
Pabila malam menjelma, kami menunggu ketibaan rakan2 lain yg dalam perjalanan ke sini. selepas semuanya tiba, kami mengadakan majlis perasmian oleh dekan fakulti kami, Prof Madya Dr Mohd Hanafiah Abidin dan seterusnya jamuan makan malam yg disediakan. bak kata orang, malang tidak berbau apabila pinggan makan untuk VIP tertinggal. bukan salah kami tetapi katering yg kami tempah yg terlalu cuai sehingga memalukan kami. kesian Ain biro makanan kami terpaksa menanggung malu. Tapi tak mengapa, kami sentiasa ada di belakang Ain. alternatif lain telah diambil, pak cik katering tu kelam kabut gi beli pinggan bersama2 air soda kerana air oren yg dalam perjalanan tumpah habis di dalam lori. haaai, ni semua dugaan. pening kepala kami nak berhadapan dengan tetamu semua. selepas tamat majlis makan malam tu, saya berjumpa secara peribadi dengan dekan dan semua pensyarah atas apa yg berlaku. pesanan dari dekan yg melegakan hati dan agak sebak saya dengar 'tak pelah, perkara ni biasa terjadi. kita yg merancan namun yg menentukan hanya Allah. x pe, untuk kem nanti buat elok2'. sungguh tak disangka dekan begitu baik hati dan memahami apa yg sedang kami lalui.
Malam kian menggelapkan diri,
kami semua mereruskan aktiviti,
sesi suai kenal dan perkenalan diri,
dari kawan2 yg masih tak dikenali.
kami telah diberi taklimat tentang kem yg akan kami lalui oleh ketua program kami iaitu En Hisyam Che Mat. sejurus selepas itu, kami berpecah kepada kumpulan yg telah ditetapkan. memang benar apa yg saya dengar iaitu pelajar2 sains sukan ni 'kepala gila'. semua 'kepala' sama je.. mana taknya, xsempat 5 minit kami dah serasi, bersembang macam dah lama kenal, huru hara macam dah setahun berkenalan. memang cepat kami serasi.
sesi suai kenal dah pun tamat. kami diarah untuk berehat memandangkan hari pun telah larut malam. untuk malam tu & sepanjang hari esok, saya telah dilantik sebagai penghulu serta bertanggungjawab atas hal ehwal peserta2 kem pada kali ini.