Wednesday, March 30, 2011

low rope course

Rabu, 30/03/2011..
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. pada pagi yg indah ni, seperti yg telah saya janjikan kepada en zainal telah pun saya tunaikan. kami semua datang awal ke lokasi. pada hari ini kami akan melakukan tugasan terakhir outdoor iaitu low rope course. sebelum memulakan aktiviti, en zainal melakukan refreshment semula ikatan2 yg penting sebelum kami memulakan kelas. antara ikatan tersebut ialah simpul manok, figure of eight dan ikatan baru iaitu butterfly.
selepas mendengar briefinh daripada en zainal, kami memulakan tugasan. kumpulan telah dibahagikan kepada 7. antara tugasan yg perlu dilakukan atau halangan2 yg perlu disediakan ialah multi vine, foot loop, leopard crawl, postman walk, criss cross dan forward tension traverse. kumpulan saya dapat tugasan multi vine. multi vine ni perlu 2 tali P.P rope dan 4 tali dynamic rope. 1 tali P.P rope diikat antara 2 batang pokok paras lutut dan 1 lagi tali P.P rope diikat diatas lebih kurang 6 meter dari paras tanah. kemudian tali dynamic rope pula di ikat berjuntai seakan-akan akar pada tali P.P rope di bahagian atas. setiap seorang perlu berjalan sambil memegang tali dynamic rope tadi sebagai alat sokongan imbangan daripada terjatuh. apabila sampai di penghujung, mereka perlu terus ke halangan seterusnya sehingga tamat tanpa jatuh. sebagai langkah keselamatan, mereka yang melakukan halangan perlu memakai helmet, dan perlu ada 2 orang yang menjaga mereka dari awal halangan sehingga tamat.
alhamdulillah semuanya selamat dan sesi pembelajaran pada pagi ini berjaya.
minggu depan ada test knotting pulak.. sekian...

Saturday, March 26, 2011

orienteering

pada hari Rabu, 23hb Mac 2011 kelas kami mengadakan kelas orienteering bertempat di belakang kolam renang berhampiran tempat wall climbing. permulaan hari kami agak lewat kerana kesilapan teknikal lewat meminjam dan mengambil kompas. perkara yang lebih mendukacitakan kami adalah disebabkan kelewatan kami, markah penilaian outdoor ditolak. hmmmph..., ;( xpelah, kami dah mencuba yang terbaik.
kembali pada kelas kami, kelas bermula pada jam 915 pagi. 45 minit kami lewat. kelas dimulakan dengan sesi briefing oleh en zainal mengenai kompas. kami diajar mengenal kompas, nama2 dan fungsi pada kompas dan jenis2 kompas. selepas itu, kami diajar mencari bearing arah yang hendak dituju. lebih kurang setengah jam, kami diberi tugasan yang seterusnya..
kami dibahagi kepada 7 buah kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyediakan point2 orienteering disekitar kawasan yang ditetapkan. kami bertukar2 point dari kumpulan lain dan mencari setiap point tersebut. alhamdulillah, semuanya berjaya mencari point2 tersebut.
kelas kami tamat awal pada jam 12 tengah hari. minggu depan kami ada satu lagi kelas iaitu low rope course. kami akan cuba lakukan yang terbaik dan berjanji tidak datang lewat ke kelas lagi.

Wednesday, March 16, 2011

abseiling...

laporpo.... matakhunsi... LANDING TIME!!!!
16/3/2011, Rabu
assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. hari ni hari yg paling mendebarkan. tidur malam x lena, mandi x basah, makan x kenyang, study xmasuk, hai mcm2 lagi lah.. ni semua abseiling punya pasal. seawal jam 8 pagi aku dan lan pergi ke stor fsr 1 di kolej kenanga untuk mengangkat barang2 abseiling. aktiviti kami dijalankan di menara 1 fakulti kejuruteraan di aras 11. tenaga pengajar kami terdiri daripada en zainal dan fasi2 daripada PERLU. setelah semua kelengkapan tiba, kami semua diberi taklimat atau refresh semula pelajaran2 yg diajar pada minggu lepas. kami juga diberi peluang untuk mencuba atau dengan bahasa yg lebih senang iaitu skil test sebelum melakukan abseiling. kami diajar cara2 memakai harness dan yg paling penting langkah2 keselamatan yg perlu diambil kira sepanjang aktiviti ini.
pelbagai ragam dan gaya yg dipertonjolkan.. ada yg menangis pun ada, ada yg siap bersalam-salaman memohon maaf, ada jugak yg dah siap2 nak tinggalkan wasiat!! hahaha... tapi mmg best abseiling ni.. ada antara kami yg mencuba aksi baru iaitu berlari dan kepala manghadap ke bawah.. mmg berani betul mereka2 ni.. aktiviti ni tamat pada jam 1.40 petang. lepas kemas2 barang,  aku dengan beberapa member2 lain g mkn kat seksyen 7. lepas makan, balik kejap solat lepas 2 aku dengan lan macam biasa uruskan barang2 simpan balik kat dalam stor. penat jugak la aktiviti hari ni tapi mmg best....!!!!!
sekian...
salam..

kelas theory abseiling

9/3/2011, Rabu
hari ni merupakan kelas outdoor pertama selepas final camp. setelah 3 minggu bercuti merehatkan diri dari segala penat dan jerih perih camp outdoor, akhirnya dengan semangat yang baru kami semua melangkah ke kelas untuk melakukan satu lagi aktiviti iaitu abseiling.
kami diajar mengenai sejarah abseiling, dari mana ia diperkenalkan dan seterusnya kelengkapan2 abseiling serta kegunaannya. antara barang2 yang diperkenalkan ialah carabiner (crab), figure of 8, runner, harness, sling 120 & sling 150, juma, pulley dan banyak lagi. kesemua baran2 dan kelengkapan2 asas ini kami belajar sebelum memulakan aktiviti abseiling kami pada minggu depan.

nak tahu apa cerita sambungannya, tggu mggu depan k....
salam..