Wednesday, March 30, 2011

low rope course

Rabu, 30/03/2011..
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. pada pagi yg indah ni, seperti yg telah saya janjikan kepada en zainal telah pun saya tunaikan. kami semua datang awal ke lokasi. pada hari ini kami akan melakukan tugasan terakhir outdoor iaitu low rope course. sebelum memulakan aktiviti, en zainal melakukan refreshment semula ikatan2 yg penting sebelum kami memulakan kelas. antara ikatan tersebut ialah simpul manok, figure of eight dan ikatan baru iaitu butterfly.
selepas mendengar briefinh daripada en zainal, kami memulakan tugasan. kumpulan telah dibahagikan kepada 7. antara tugasan yg perlu dilakukan atau halangan2 yg perlu disediakan ialah multi vine, foot loop, leopard crawl, postman walk, criss cross dan forward tension traverse. kumpulan saya dapat tugasan multi vine. multi vine ni perlu 2 tali P.P rope dan 4 tali dynamic rope. 1 tali P.P rope diikat antara 2 batang pokok paras lutut dan 1 lagi tali P.P rope diikat diatas lebih kurang 6 meter dari paras tanah. kemudian tali dynamic rope pula di ikat berjuntai seakan-akan akar pada tali P.P rope di bahagian atas. setiap seorang perlu berjalan sambil memegang tali dynamic rope tadi sebagai alat sokongan imbangan daripada terjatuh. apabila sampai di penghujung, mereka perlu terus ke halangan seterusnya sehingga tamat tanpa jatuh. sebagai langkah keselamatan, mereka yang melakukan halangan perlu memakai helmet, dan perlu ada 2 orang yang menjaga mereka dari awal halangan sehingga tamat.
alhamdulillah semuanya selamat dan sesi pembelajaran pada pagi ini berjaya.
minggu depan ada test knotting pulak.. sekian...

No comments:

Post a Comment