Saturday, February 5, 2011

HARI YANG DINANTIKAN TELAH TIBA...

28hb Februari 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
pada tanggal 28hb Januari 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, kami pelajar2 diploma sains sukan dan rekreasi dari semua kampus yang terlibat iaitu Shah Alam, Shah Putra, Insteadt dan Jengka berkumpul dan bermalam selama satu hari di perkarangan kolej Kenanga UiTM Shah Alam. Pada petang Jumaat hari berkenaan, kami sibuk memunggah barang2 perkhemahan seperti khemah, alatan2 dapur, kayak dan banyak lagi ke dalam lori. malang nasib kami kerana tidak dapat mendapatkan semua perkhidmatan lori UiTM yang telah kami tempah tetapi nasib juga menyebelahi kami kerana dapat jugak satu lori. kami juga terpaksa menempah lori yg lain bagi menampung peralatan yang lain dan lori tersebut kami sewa daripada bapa kawan kami. alhamdulillah, semua barang2 tersebut muat disusun kedalam 2 buah lori.
Pabila malam menjelma, kami menunggu ketibaan rakan2 lain yg dalam perjalanan ke sini. selepas semuanya tiba, kami mengadakan majlis perasmian oleh dekan fakulti kami, Prof Madya Dr Mohd Hanafiah Abidin dan seterusnya jamuan makan malam yg disediakan. bak kata orang, malang tidak berbau apabila pinggan makan untuk VIP tertinggal. bukan salah kami tetapi katering yg kami tempah yg terlalu cuai sehingga memalukan kami. kesian Ain biro makanan kami terpaksa menanggung malu. Tapi tak mengapa, kami sentiasa ada di belakang Ain. alternatif lain telah diambil, pak cik katering tu kelam kabut gi beli pinggan bersama2 air soda kerana air oren yg dalam perjalanan tumpah habis di dalam lori. haaai, ni semua dugaan. pening kepala kami nak berhadapan dengan tetamu semua. selepas tamat majlis makan malam tu, saya berjumpa secara peribadi dengan dekan dan semua pensyarah atas apa yg berlaku. pesanan dari dekan yg melegakan hati dan agak sebak saya dengar 'tak pelah, perkara ni biasa terjadi. kita yg merancan namun yg menentukan hanya Allah. x pe, untuk kem nanti buat elok2'. sungguh tak disangka dekan begitu baik hati dan memahami apa yg sedang kami lalui.
Malam kian menggelapkan diri,
kami semua mereruskan aktiviti,
sesi suai kenal dan perkenalan diri,
dari kawan2 yg masih tak dikenali.
kami telah diberi taklimat tentang kem yg akan kami lalui oleh ketua program kami iaitu En Hisyam Che Mat. sejurus selepas itu, kami berpecah kepada kumpulan yg telah ditetapkan. memang benar apa yg saya dengar iaitu pelajar2 sains sukan ni 'kepala gila'. semua 'kepala' sama je.. mana taknya, xsempat 5 minit kami dah serasi, bersembang macam dah lama kenal, huru hara macam dah setahun berkenalan. memang cepat kami serasi.
sesi suai kenal dah pun tamat. kami diarah untuk berehat memandangkan hari pun telah larut malam. untuk malam tu & sepanjang hari esok, saya telah dilantik sebagai penghulu serta bertanggungjawab atas hal ehwal peserta2 kem pada kali ini.

No comments:

Post a Comment