Thursday, January 27, 2011

KAYAKING!!!!

Assalamualaikum...
kayaak... kayaak... kayaaaaaaking!!! hahaha.. dah mcm lawaking la plak..
hari rabu yang lepas kitaorg kene berkayak di tasik shah alam. penat nak mengangkut barang-barang kayak tu semua dari uitm smpai ke tasik tu.. sesampainya kami di tasik 2, kami mendengar sedikit taklimat dari En Hisham tentang kayak.. kami belajar THE ANATOMY OF A KAYAK!!!! belajar pasal body kayak!! pas 2 bljr dayung dia plak, pas 2 belajar cara mendayung plak.. yang paling best kene terbalikkan kayak atau lebih dikenali dengan 'capsize'..(ntah betul ke x ejaan aku ni) ada yang dapat naik.. ada jugak yg dah naik pas 2 jatuh balik.. wakakakak.. lawak ar masa 2.. tapi apa yg penting dlm aktiviti kayak ni adalh kerjasama antara pasukan.. hari sabtu ni dah nak bertolak ke tasik chenderoh.. msg2 prepare la mental msg2 k.. smpai sana nanti kita perlu tunjukkan yg bdk2 bndar ni adalah generasi yg boleh diharap dan mempunyai semangat pasukan yg tiggi serta semangat yg x mudah luntur.. sekian....

naik basikal pergi ke  sabah,
pergi ke sabah naik basikal,
ada ke patut dan munasabah,
pergi ke sabah naik basikal????? =D

selamat berjaya kepada semua kawan2!!!!

Tuesday, January 18, 2011

dah mula dah....!!!!!!

assalamualaikum... apa yg dah mula ni???????!
start minggu ni dah mula la nak pecah kepala memikirkan perancangan untuk kem outdoor kami ni. segala macam masalah ada sekarang ni. dgn duitnya, makan, penempatan, peralatan, aish memeang bnyk la kalau nak bercerita. tapi bukan ini yang saya nak cerita, yg ni hnya sekadar selingan semata-mata.
saya nak berkongsi pelajaran pada hari ni. hari ni kami belajar lain pulak.. kami dah mula didedahkan sedikit sebanyak tentang tatacara dan kehidupan di dalam hutan nanti. bagaimana, di mana, berapa, soalan2 ni lah yg selalu bermain dalam fikiran. kami kene pelankan tapak perkhemahan kami. selain tu, kami kene menyusun atur khemah dalam tempat yang terhad. encik zainal cakap jgn sibuk nak fikir nak tambak tanah nak bagi besar campsite 2, tapi fikirkan macam mana susunan khemah 2 blh muat dalam tempat yg terhad.
tambahan lagi, kami di ajar cara menyusun barang dalam beg RUCSAC. sengatan dan gigitan pun ada belajar jugak tadi. ujian terhadap tumbuh-tumbuhan pun ada jugak. ada peringkat2 cara nak makan tumbuhan ni. bukan main "lahum" je apa yang kita nak. ada 4 peringkat. peringkat pertama, menghidu. kedua, sapukan pada kulit yg sensitif, kalau ada gatal maknanya xblh makan la 2. ketiga, letakkan sikit pada bibir kalau ok rasa dengan lidah. keempat, baru la boleh kunyah sikit pas 2 kalau xde komplikasi baru la telan.
kelas kedua tadi kami bincang pasal organisasi dan perlaksanaan kem kami.
setakat ni berjalan lagi la program. cuma masa je yg menentukan. kalau cepat, cepatlah siap..
harapan saya pada semua rakan2, saya sebagai pengarah amat2 mengharap korang semua bekerjalah dengan bersungguh2. ni bukan utk org lain, utk kita jgk. perlu ada sikap tanggungjawab dan amanah dalam diri masing2..
akhir sekali, sentiasala berdoa pada Allah agar projek kita ni dipermudahkan dari mula sampai habis. amin

Wednesday, January 12, 2011

ada sikit pening belajaq ikatan..

Assalamualaikum pembuka bicara
buat rakan dan taulan semua
ini hari hati ada baaaaaanyak suka
sebab ikatan baaaaaaaanyak tak terkata

makmal fisio menjadi lokasi
untuk sesi pembelajaran hari ni
ada banyak ikatan antaranya bunga gheti
dah itu satu jelah yang aku ingati

niat dihati nak pantun sampai habis
takut karang tak de idea nak tulis
bukan senang nak jadi penulis
botak kepala idea nak dikikis

apa habaq semua?? untuk sesi outdoor pagi ni kami buat di makmal fisio. belajaq buat ikatan je dulu. ada lebih kurang 8 ke 9 ikatan la jugak. jenoh nak ingat semua. tapi takpa ah, blajaq pnya pasai kena hafal gak lah.
antara ikatan2 yg ada k. hmmm..., ikatan bunga gheti, buku sila, figure of eight, hmmmm..., ada lg tp lupa ar.. nota ada kat kwn..jgn risau cik zainal,, sy hafal tp saje je xnak tulis kat blog ni.. heheh..
ok, dah selesai blajaq ikat tali kami pi kolej kenanga untuk tujuan pemasangan khemah. kami jugak ada pi melawat stor fakulti kami,, tgk2 barang yg mana patut untuk bawak pi kem nnti..
dah puas melawat stor, kami pi pulak bukak khemah yg telah pun siap dipasang oleh group satu lagi..
macam2 khemah dok ada. dari sekecil2 khemah smpi la sebesaq2 khemah..
siap semua habis kami kemas, pi simpan balik dlm stor.
setakat 2 ja kelas kami hari ni.. nampak jalan crita mcm sekejap ja.., tp lama kot. pkul 1245 bru hbs..
perut pun dah lapaq,, kami pun pi makan dlu la.. bye2

p/s: kepada rakan2 yg budiman ingat pesanan ni......,
      "MANUSIA DIJADIKAN UNTUK BERGERAK"
      

Wednesday, January 5, 2011

KELAS OUTDOOR RECREATION YANG PERTAMA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, salam perpaduan, salam muhibah.
Pada hari ini, kami pelajar2 sains sukan dan rekreasi telah menerima satu tamparan baru.. iaitu tamparan subjek termasyhur outdoor recreation. subjek kami ni diambil oleh pensyarah baru iaitu En. Zainal Arshed. sepanjang kelas pagi tadi, kami memperkenalkan diri masing2. kemudian kami di beri 'briefing' apakah itu outdoor recreation. kami juga telah diperkenalkan dengan alatan2 perkhemahan seperti jenis2 khemah, jenis2 beg dan tali yang perlu ada oleh setiap dari kami iaitu tali 'kernmantle'. kami juga dapat mengenalpasti sumber2 dimana outdoor recreation biasanya diadakan dan jenis2 aktiviti outdoor yang bersesuaian mengikut kawasan yang dipilih.
En. Zainal juga ada menerangkan kepada kami kebaikan atau kelebihan melakukan aktiviti outdoor ni. antaranya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang, memupuk semangat setia kawan dan yang paling penting...., DAPAT HILANGKAN STRESSSS!!!!!! WAAAAARGHAHAHA!
Lepas ni kami nak kene berpecah kepala lagi nak menguruskan outdoor recreation pulak.. sem lepas dah buat golf, sem ni nak kene outdoor, adoyai.... x pe, ni semua untuk kebaikan kami 1 hari nanti..
Berbalik kepada cerita asal.., kami seterusnya diperkenalkan pula dengan 'camp craft' atau lebih dikenali dengan seni perkhemahan. jgn ingat tangan je ada seni, nak berkhemah pun mesti ada seni jugak. dalam tajuk ni kami telah diperkenalkan dengan bahagian2 khemah. kami dah explore semua bahagian khemah ni.. daripada atas sampai ke bawah.
Akhir sekali, yang PALING MUSTAHAK ialah ETIKA BERKHEMAH... always utamakan keselamatan dulu.. walau apa pun yang kita lakukan, ke mana pun kita bergerak, apa pun niat kita, yang MUSTAHAK ialah KESELAMATAN..
setakat ini saja kelas kami..tapi kami x pergi macam 2 je.. kami kene jumpa dgn senior2, dapatkan apa2 maklumat yang patut. at least meeting nanti kami dah ada idea sikit..
sekian, wassalam..

from..., LEOPARD