Wednesday, March 16, 2011

abseiling...

laporpo.... matakhunsi... LANDING TIME!!!!
16/3/2011, Rabu
assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. hari ni hari yg paling mendebarkan. tidur malam x lena, mandi x basah, makan x kenyang, study xmasuk, hai mcm2 lagi lah.. ni semua abseiling punya pasal. seawal jam 8 pagi aku dan lan pergi ke stor fsr 1 di kolej kenanga untuk mengangkat barang2 abseiling. aktiviti kami dijalankan di menara 1 fakulti kejuruteraan di aras 11. tenaga pengajar kami terdiri daripada en zainal dan fasi2 daripada PERLU. setelah semua kelengkapan tiba, kami semua diberi taklimat atau refresh semula pelajaran2 yg diajar pada minggu lepas. kami juga diberi peluang untuk mencuba atau dengan bahasa yg lebih senang iaitu skil test sebelum melakukan abseiling. kami diajar cara2 memakai harness dan yg paling penting langkah2 keselamatan yg perlu diambil kira sepanjang aktiviti ini.
pelbagai ragam dan gaya yg dipertonjolkan.. ada yg menangis pun ada, ada yg siap bersalam-salaman memohon maaf, ada jugak yg dah siap2 nak tinggalkan wasiat!! hahaha... tapi mmg best abseiling ni.. ada antara kami yg mencuba aksi baru iaitu berlari dan kepala manghadap ke bawah.. mmg berani betul mereka2 ni.. aktiviti ni tamat pada jam 1.40 petang. lepas kemas2 barang,  aku dengan beberapa member2 lain g mkn kat seksyen 7. lepas makan, balik kejap solat lepas 2 aku dengan lan macam biasa uruskan barang2 simpan balik kat dalam stor. penat jugak la aktiviti hari ni tapi mmg best....!!!!!
sekian...
salam..

No comments:

Post a Comment