Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, salam perpaduan, salam muhibah.
Pada hari ini, kami pelajar2 sains sukan dan rekreasi telah menerima satu tamparan baru.. iaitu tamparan subjek termasyhur outdoor recreation. subjek kami ni diambil oleh pensyarah baru iaitu En. Zainal Arshed. sepanjang kelas pagi tadi, kami memperkenalkan diri masing2. kemudian kami di beri 'briefing' apakah itu outdoor recreation. kami juga telah diperkenalkan dengan alatan2 perkhemahan seperti jenis2 khemah, jenis2 beg dan tali yang perlu ada oleh setiap dari kami iaitu tali 'kernmantle'. kami juga dapat mengenalpasti sumber2 dimana outdoor recreation biasanya diadakan dan jenis2 aktiviti outdoor yang bersesuaian mengikut kawasan yang dipilih.
En. Zainal juga ada menerangkan kepada kami kebaikan atau kelebihan melakukan aktiviti outdoor ni. antaranya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang, memupuk semangat setia kawan dan yang paling penting...., DAPAT HILANGKAN STRESSSS!!!!!! WAAAAARGHAHAHA!
Lepas ni kami nak kene berpecah kepala lagi nak menguruskan outdoor recreation pulak.. sem lepas dah buat golf, sem ni nak kene outdoor, adoyai.... x pe, ni semua untuk kebaikan kami 1 hari nanti..
Berbalik kepada cerita asal.., kami seterusnya diperkenalkan pula dengan 'camp craft' atau lebih dikenali dengan seni perkhemahan. jgn ingat tangan je ada seni, nak berkhemah pun mesti ada seni jugak. dalam tajuk ni kami telah diperkenalkan dengan bahagian2 khemah. kami dah explore semua bahagian khemah ni.. daripada atas sampai ke bawah.
Akhir sekali, yang PALING MUSTAHAK ialah ETIKA BERKHEMAH... always utamakan keselamatan dulu.. walau apa pun yang kita lakukan, ke mana pun kita bergerak, apa pun niat kita, yang MUSTAHAK ialah KESELAMATAN..
setakat ini saja kelas kami..tapi kami x pergi macam 2 je.. kami kene jumpa dgn senior2, dapatkan apa2 maklumat yang patut. at least meeting nanti kami dah ada idea sikit..
sekian, wassalam..
from..., LEOPARD
Agak bermaklumat. Cuba selitkan gambar dari internet atau koleksi sendiri agar post anda lebih menarik.
ReplyDelete