Tuesday, January 18, 2011

dah mula dah....!!!!!!

assalamualaikum... apa yg dah mula ni???????!
start minggu ni dah mula la nak pecah kepala memikirkan perancangan untuk kem outdoor kami ni. segala macam masalah ada sekarang ni. dgn duitnya, makan, penempatan, peralatan, aish memeang bnyk la kalau nak bercerita. tapi bukan ini yang saya nak cerita, yg ni hnya sekadar selingan semata-mata.
saya nak berkongsi pelajaran pada hari ni. hari ni kami belajar lain pulak.. kami dah mula didedahkan sedikit sebanyak tentang tatacara dan kehidupan di dalam hutan nanti. bagaimana, di mana, berapa, soalan2 ni lah yg selalu bermain dalam fikiran. kami kene pelankan tapak perkhemahan kami. selain tu, kami kene menyusun atur khemah dalam tempat yang terhad. encik zainal cakap jgn sibuk nak fikir nak tambak tanah nak bagi besar campsite 2, tapi fikirkan macam mana susunan khemah 2 blh muat dalam tempat yg terhad.
tambahan lagi, kami di ajar cara menyusun barang dalam beg RUCSAC. sengatan dan gigitan pun ada belajar jugak tadi. ujian terhadap tumbuh-tumbuhan pun ada jugak. ada peringkat2 cara nak makan tumbuhan ni. bukan main "lahum" je apa yang kita nak. ada 4 peringkat. peringkat pertama, menghidu. kedua, sapukan pada kulit yg sensitif, kalau ada gatal maknanya xblh makan la 2. ketiga, letakkan sikit pada bibir kalau ok rasa dengan lidah. keempat, baru la boleh kunyah sikit pas 2 kalau xde komplikasi baru la telan.
kelas kedua tadi kami bincang pasal organisasi dan perlaksanaan kem kami.
setakat ni berjalan lagi la program. cuma masa je yg menentukan. kalau cepat, cepatlah siap..
harapan saya pada semua rakan2, saya sebagai pengarah amat2 mengharap korang semua bekerjalah dengan bersungguh2. ni bukan utk org lain, utk kita jgk. perlu ada sikap tanggungjawab dan amanah dalam diri masing2..
akhir sekali, sentiasala berdoa pada Allah agar projek kita ni dipermudahkan dari mula sampai habis. amin

No comments:

Post a Comment